Make your own free website on Tripod.com

Azhar Membohongi MB?

Pengarah Hutan Perak tu bukanlah kaya raya sangat. Tapi rumahnya kalau nak dibahasakan dalam juta, adale lebihkurang RM1/2 juta. Maklumat yang Jembalang dapat tahu, pinjaman rumahnya pernah ditolak oleh pihak bank kerana gajinya almaklumlah seorang pengarah biasa cuma di sekitar RM4,000.00 hingga RM5,000.00 sahaja. Mana nak lulus 'loan' sampai RM500,000.00. Belum masuk 'furniture' dll. Ansuran kereta lagi, VolVo 940 lah katakan tapi kalau 850 tu lagilah mahal. Tapi Azhar mampu, tak apa itu hak dia. Jembalang bukan nak cemburu.

Yang Jembalang nak cakapkan ini perkara lain. Bukan perkara peribadinya. Ini perkara hak kita sebagai warganegara. Jembalang bukan apa kesian tengok rakyat biasa yang mohon balak. Kalau Melayu tentu tapi pernah dipertimbangkan. Kununnya Azhar tak berapa suka nak berjumpa dengan pembalak Melayu. Macamana Melayu nak maju? Kalau pembalak Cina lain pulak. Sanggup Azhar jumpa, walau pun terpaksa makan di restoran Cina. Kepada Azhar Jembalang mintak maap sebab bagi tahu kisah ni. Jembalang sendiri pernah dengar perkataan yang dilemparkan oleh bapak saudaranya semasa makan di sebuah restoran di Kuala Kangsar kepada teman-temannya.

Dua bulan lalu TV3 ada menyiarkan dalam Majalah3nya tentang pencerobohan Hutan Simpan Belum. Satu-satunya hutan simpan yang belum diterokai. Tapi khazanahnya… cukup lumayan! Memberangsangkan. Pihak NGO dah terciumlah akan kegiatan Azhar yang menjalankan aktiviti di sana. Jembalang dapat tahu Azhar menafikan adanya kegiatan pembalakan atau yang seumpamanya! Cuma kajian bancian sedang dijalankan untuk mengenal spesies yang terdapat di sana dan nak tahu nilainya? MB Dato' Seri Ramli menafikan melalui media dan terselamatlah Azhar dari sengatan NGO's.

Wahai Dato' Seri, kegiatan bancian itu dinamakan bancian hutan sebelum tebangan. Jembalang dimaklumkan ia adalah satu kerja bancian yang dibuat sebelum sesuatu kawasan hutan simpan itu hendak dijalankan kegiatan pembalakan supaya cukainya senang dikira. Gitulah lebihkurang …

Jembalang terkejut sekali lagi bila MB Perak membuat kenyataan bahawa tidak adanya pembalakan haram di negeri Perak. Hanya ada tiga kes yang dikesan tahun ini. Apakah maklumat ini benar? Adakah Dato' Seri telah mengesahkan dengan Azhar perkara ini?

Wahai Dato Seri', bahagian penguatkuasaan di Jabatan Hutan itu cuma adalah satu unit yang kecil sahaja. Kakitangannya tak sampai sepuluh orang. Bagaimanakah keluasan hutan simpan di negeri Perak yang luasnya melebihi 10,000 km per itu dapat diawasinya? Di manakah logiknya? Sudahkah Dato Seri mengesan pembalakan haram yang berlaku di Hutan Simpan Ijok? Atau di Hutan Simpan Korbu? Keluar hasil hutan terlebih dahulu baru nak keluar permit? Mana prosedurnya!

Tugas bahagian penguatkuasa nampaknya masa kini cuma membuat lawatan ke kilang-kilang papan untuk menyemak beberapa dokumen hasil hutan. Tak pernah pun Jembalang dengar ada tangkapan dibuat. Mungkin telinga Jembalang yang terpaksa dikorek. Lain-lain tujuan mereka datang melawat ke kilang-kilang tu, tak tahulah Jembalang. Gosip-gossip!!