Make your own free website on Tripod.com

Satu Lagi Cawangan UMNO Lebur

UMNO Bahagian Kinta yang diketuai oleh En.Yusuff Kassim akan kehilangan lebih ramai ahlinya apabila Cawangan UMNO Kg. Pisang sedang bergelut menghadapi kegawatan politik di kalangan ahli-ahlinya.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Cawangan UMNO Kg. Pisang, Tuan Haji Baharum bin Uda Mat Jali kepada sumber yang memetik berita ini. Kelihatan bendera PAS dikibarkan di seluruh Kg. Pisang yang terletak dalam daerah Batu Gajah, Perak.

Satu sumber lagi memberitahu Minda Rakyat (MR) , bahawa anak Tuan Hj. Baharum sendiri seorang peniaga kedai akhbar dan alatulis, iaitu Encik Damanhuri memberitahu kadar jualan harakah yang dipesannya sebanyak 400 naskah akan habis dalam tempoh 2 hari sahaja. Beliau akan menambah bilangan itu kepada 1,000 naskah setiap Isnin dan Jumaat. Turut mendapat sambutan penduduk Batu Gajah ialah bilangan jualan majalah DETIK. Sambil menyifatkan bahawa rangsangan pembeli membuatkan beliau akan meningkatkan pesanan akhbar Harakah dan Majalah DETIK dimasa akan datang.

MINDA RAKYAT