Make your own free website on Tripod.com

DBI TIKAM MELAYU

Rungutan dan kelohan oleh warga bandaraya Ipoh tidak pernah menjadi agenda utama mana-mana media. Acapkali segala kesengsaraan terpaksa ditelan sendiri kerana tiadanya pembelaan sebagaimana sewajarnya.

Kisah bagaimana seorang warga bandaraya ini membuat permohonan mengubahsuai tempat letak kereta di rumahnya, sembilan tahun lalu hingga kini belum mendapat jawapan. Menurut beliau, permohonan dibuat kerana mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan iaitu DBI. Datuk bandar pada masa itu Dato' Umar Abu. Oleh kerana tidak begitu faham membuat permohonan maka beliau telah mendapatkan pertolongan seorang kakitangan DBI. Belanja permohonan termasuk upah pelan dan bayaran permohonan dikenakan sebanyak RM600.00. Itu tidak mengapalah, menurut teman itu. Janji diberikan dalam tempoh dua minggu permohonan akan diluluskan (Telah diberikan duit kopi RM200 bagi tujuan ini).

Apabila masa tiba, permohonan di'quiry' dengan berbagai-bagai pertanyaan. Tak apalah ikut prosedur, kata teman itu lagi. Bila kesemua kehendak dipenohi permohonan dikembalikan semula untuk diproses. Tunggulah punya tunggu tiada jawapan. Selang beberapa bulan maka teman itu bertanya lagi ke tempat permohonan. Jawapan yang diterima masih dalam proses. Akhirnya setelah menunggu lebih 6 bulan, simen-simen semua sudah jadi keras, maka teman itu mengambil keputusan untuk mendirikan sahaja tempat letak keretanya tanpa apa-apa jawapan pihak DBI. Akhirnya pihak DBI mengeluarkan saman kerana mengubahsuai rumah tanpa kebenaran. RM500.00 saman dikenakan. Teman itu berkeras tak mahu bayar hingga mencecah dua tahun baru bayar separuh sahaja. Menurutnya lagi hingga kini beliau tidak mahu bayar saman yang separuh lagi.

Demikian kisah nasib seorang teman sebangsa (Melayu) yang mencurahkan kelohannya kepada rakan sekerjanya. Namun menurut teman itu lagi, kisah sebegini tidak berlaku kepada bangsa lain. Mungkin kerana berpegang kepada prinsip tidak mahu hulur duit kopi 'lebih' berbanding bangsa lain, maka nasib Melayu tewas digelanggang sendiri!! Jembalang mengundur sebelum teman itu menghabiskan keluhannya di meja bersebelahan.

MR

Sumbangan mr canggih