Make your own free website on Tripod.com

Layakkah Dato' Habib Menerima E280 Itu?

ACT11 adalah nombor kereta bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah bersara dari jawatannya pada bulan Februari 1999 yang lalu. Sebagai mengenang jasa beliau dalam membangunkan negeri ini beliau dibenarkan memiliki kereta Mercedes Benz model E280 berwarna hitam yang digunakan dalam tugas rasmi beliau. Walaubagaimana pun sejumlah wang dengan kadar paling minima adalah syarat biasa dikenakan sebagai bayaran untuk memiliki kereta itu.

Bagaimana pun kereta tersebut masih dalam keadaan baru dan baik. Satu sumber memetik sebagai berkata ACT11 adalah jelmaan kereta ADL54. Kereta itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1997, dan kemudiaannya ditukarkan nombor plat kepada ACT11. Apakah rahsia disebalik pertukaran itu? Dan pengalihan pemilikan kepada Dato' Habib Mansur dalam kereta yang beru berusia satu tahun setengah itu sungguh memberikan rasa terperanjat kepada sesetengah pihak. Atas alasan apakah jasanya hingga beliau layak menerima E280 itu? Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini kerana ia melibatkan hak rakyat!

Ini bukanlah kereta sebenar ACT11. Namun inilah model kereta E280 yang jadi kontraversi