Make your own free website on Tripod.com

Dimana Potongan 5% Bumiputera?

Syarikat Pembangunan Sinar Sdn. Bhd. yang menjual beberapa lot rumah teres di Desa Chemor Sinaran didakwa menipu pembeli rumah berhubung dengan diskaun 5 peratus untuk bumiputera. Jembalang difahamkan bahawa rumah teres satu tingkat iatu dijual pada harga RM68,800.00 tidak termasuk diskaun 5 peratus untuk pembeli bumiputera.

Beberapa orang penduduk menyatakan rasa tidak puashati mereka di atas sikap pemaju yang mahu melupakan pengembalian diskaun 5 peratus itu iatu sebanyak RM3,400.00 kepada tiap-tiap orang pembeli bumiputera sebagaimana iklan penjualan konsesi rumah teres mereka.

Jembalang difahamkan terdapat dua daripada mereka telah menerima wang diskaun itu, tetapi sebaliknya yang lain tidak menerimanya. Dalam menjernihkan suasana Jembalang berharap pihak tertentu samada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau pihak Berkuasa Tempatan, campurtangan untuk menyelesaikan masalah pengembalian diskaun 5 peratus ini.