Make your own free website on Tripod.com

Warkah Jembalang 3

Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Minda Rakyat. Siapalah laman ini tanpa anda semua. Bermacam pro dan kontra yang diterima dengan berbagai pendapat. Terima kasih sekali kepada anda yang terus memberikan kritikan untuk memperbaiki laman web ini. Sekiranya karya anda lambat disiarkan atau beberapa kesalahan teknikal yang merupakan kelemahan laman web ini saya mohon ampun dan maaf.

Seperti telah dimaklumkan bahawa tujuan laman web ini diadakan adalah kerana terlalu banyak kezaliman dan penindasan kepada rakyat bawahan yang berlaku. Penipuan secara terang-terangan dan dalam hal ini orang kampong yang kurang pendidikan akan teraniaya. Hal semacam ini membuatkan hati Jembalang terasa insaf akan nasib mereka yang tiada pembelaan.

Rintihan dan rungutan mereka juga tiada diendahkan. Al-maklumlah siapalah yang nak mempelawa orang berjalan kaki naik mercedes mereka!! Inilah kenyataan. Dalam menyahut seruan nabi kita bahawa, 'jihad yang paling utama itu ialah perkataan yang benar disampaikan kepada pemerintah yang zalim' maka Jembalang terpaksa berhadapan dengan risiko yang besar. Teruskan memberikan kritikan dan pandangan anda. Semoga dengan keprihatinan anda adalah sebahagian jihad yang sewajarnya anda lunaskan sebagai pertanggungjawaban terhadap ugama dan diri anda.

Sebenarnya ada banyak e-mail yang sampai ke meja Jembalang tetapi tidak dapat disiarkan disebabkan tiada bukti yang cukup sebagai pendedahannya. Ruangan khas ini adalah untuk anda bebas meluahkan apa sahaja, asal anda rasa ianya untuk kebaikan kita bersama di masa hadapan. Tiada ruangan atau kolum tertentu untuk menghentam, mengkritik atau melepaskan perasaan anda melainkan email kepada jembalang@email.com. Gunakan bahasa yang baik hanya untuk melambangkan keperibadian anda yang luhur walau pun kata-kata pedas tetapi Jembalang tahu itu adalah benar, kerana yang benar itu selalunya pahit!!!

MINDA RAKYAT

Jembalang@email.com