Make your own free website on Tripod.com

RUNGUTAN KRONISME

Saudara Pengarang,

Fahaman kronisme jelas mengusai pentadbiran Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri. Sebagai salah seorang kontraktor, kami menerima nasib yang sama. Saya mempertikaikan apa yang berlaku dalam sebuah Jabatan Kerajaan di daerah Manjung ini.

Sebagaimana semua maklumi Jabatan Pengairan dan Saliran baru saja menerima MS ISO 9000 iaitu sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatannya. Namun begitu sedikit penyelewengan mungkin boleh menjejas nama baik tersebut. Berikut saya perturunkan beberapa penyelewengan yang kerap berlaku di daerah kami:

Lawatan Tapak - Pada setiap kali mengadakan sebutharga diwajibkan melawat kawasan kerja yang hendak dijalankan. Lawatan ke tapak diwajibkan. (Persoalan dan rasa tidak puas hati). Setelah selesai mengadakan lawatan, kesemua borang tawaran akan di kumpul olih runner (akan mendapat dua panggu 'syer' dan sepanggu pada S.O. yang mengawasi projek. Dari sini tawaran dimulakan.Di kalangan beberapa orang 'bougki' adalah seorang 'bougki anak emas JPS yang sanggup membayar harga yang sampai ke RM12,000/ hingga RM14,000/ satu borang kerja..... Bayangkan kalau tiap2 kali ada lawatan tapak, maka 'bougki' yang sama sanggup membayar pada harga yang se tinggi sebegini. Apabila disiasat dan di tanyakan dari kakitangan JPS sendiri ianya mendapat restu 'boss' sendiri. Kerana boss dan bougki ada syer kroni.(Ingatkan PM sahaja ada syer kroni.) Pernah diceriatkan olih bougki sendiri dengan bangga dan angkoh "Kau orang masuk rendah ke, tinggi sangat ke, kerja ini gua sudah book dengan boss. Ini kontraktor SNAB, jadi semua kerja gua snap habis, bini gua sama bini boss satu kampong mari".

Rasa Tidak Puas Hati - Disini di rasakan ketidak puasan hati, kerana ketidak adilan pihak jabatan yang menjalankan amanah yang dipertanggung jawab untuk menjalan kerja. Ini dapat dirasa kan bermula dari zaman Hj. Yassin. Ding Kok Ling (DKLS) kini Era SNAB. dah berpuluh puluh Jurutera datang dan pergi. tetapi JPS TETAP ditakok lama. (masih mengamalkam konsep kroni) Jadi kami kami yang baru dan mempunyai model yang tak seberapa dan berkeinginan untuk menjalankan kerja sendiri hanya mampu makan kuah (wang pakat.. kalau tak masuk pakat dimarahi olih runner dan diugut e.g pecah tayar empat atau arah boss 'petang pamir s/harga besok pergi lawatan tapak. (borang s/harga dikeluarkan samasa lawatan sahaja. Jadi kami kami melopong le.dapat leduit pakat...! sebilangan nya yang tua tua itu lah yang diharapkan kerana nama sudah hitam.lembu cucuk hidung. Kadang kadang sangup pergi menerima tajuk khas diPKK kerana hendak memburu duit pakat. Kadang kami tak faham dengan aturan JPS mengeluarkan kerja- kerja dan tajuk tajuk kerja dari PKK Tajuk 1 tajuk kechil 1 7a, 7b bolih buat longkang.bolih tambak ban, bolih korek parit. bolih pasang gibbion, boilh tebas/racun sungai,bolih tambat laut dan bermacam macam lagi. macam 10 in 1, Jadi ada juga kontretor yang tak malu datang ketempat lawatan...... maka dapat 1/2 panggu. Pernah beberapa tawaran s/harga yang diarah untuk di pinda dan ditambah harga kerana hendak di berikan juga 'ANAK EMAS' telah dengan sombong membayar dengan harga tinggi (konon lain2 lain kontretor tak mapu menandingi kroni boss)

Jadi harapan kami di Majung ini supaya perkara di atas meandapat renongan dan perhatian seluruh pentadbiran JPS. Jadi kanlah jabatan anda BERFLASAFAHKAN..... JAMINAN. PEMBAHAGIAN. SAKSAMA.. sebab saya bukan kroni. JPS jauh sekali krori PM.

Sumber 'Kontraktor Wibawa Aman Damai'