Make your own free website on Tripod.com

Isu Khinzir Yang Berakhir Dengan Tragis!!

Perbualan hangat sedang diperkatakan berhubung dengan soal khinzir ekoran langkah Kerajaan Negeri ini yang mempertahankan kroni yang terlibat dalam industri ini, berakhir dengan tragis bagi sebuah keluarga di Ipoh, berikutan dengan kematian seorang penternak haiwan berkenaan.

Minda Rakyat sedang berusaha mengumpul maklumat bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang atau dua orang penternak khinzir dipercayai mati membunuh diri setelah mendapat berbagai halangan dalam usaha mereka selama ini. Kejadian dipercayai bermula apabila khinzir yang diekspot terutamanya ke Singapura merosot akibat wabak JE yang menyebabkan permintaan terhadap haiwan tersebut merosot begitu teruk.

Adalah dipercayai penternak berkenaan menghadapi jalan buntu untuk membayar wang pinjaman bank dan sekaligus menanggung saraan khinzir yang diternak. Kebanyakan khinzir yang ada, gagal dijual atau tidak dapat lagi disempurnakan penyembelihannya mengikut amalan biasa iaitu selang sehari, berikutan permintaan yang turun secara mendadak.

Punca kejadian berkemungkinan penternak berkenaan gagal menjelaskan pinjaman dan sekaligus tidak lagi berupaya menanggung khinzir yang masih dalam peliharaan.

Sementara itu Minda Rakyat mendapat maklumat pihak yang tidak bertanggungjawab telah melepaskan khinzir ke kampong-kampong Melayu. Kejadian ini dikesan di daerah Perak Tengah di mana kampong yang terlibat seperti Kg. Tanjung Dedalu, Kg. Pasir Gajah, Kubang Haji dan Belanja Kiri serta Kg. Changkat Banjar. Umat Islam di kampong berkenaan kini berada dalam keresahan apabila haiwan ini merayau-rayau di malam hari dan kadangkala di waktu siang serta memusnahkan tanaman mereka.

Sangat membimbangkan jika perkara ini berterusan kemungkinan tempat ibadat kelak akan tercemar oleh haiwan yang diharamkan oleh Allah segala keturunannya termasuklah kroninya anjing. Wallahua'lam

MINDA RAKYAT

Komen Jembalang-

Diharapkan laporan ini akan menutup isu khinzir yang sedang hangat diperkatakan. Kerajaan Negeri Perak perlu memandang serius langkah penutupan ladang khinzir yang bertaburan di daerah Kinta dan Batang Padang. Pemindahan ladang khinzir ke Kuala Bikam tidak akan menyelesaikan masalah rakyat. Kaum Cina sendiri telah mengemukakan bantahan melalui apidavitnya minggu lalu dengan menamakan Pengarah Tanah dan Galian serta dua duah syarikat yang aktif dalam penternakan haiwan ini. Jika mereka sendiri bersetuju, mengapa kita mesti mempertahankannya?