Make your own free website on Tripod.com

Lidah Pengarang

Jembalang berterima kasih di atas komen yang diberikan oleh pengikut setia laman web ini. Pandangannya supaya Jembalang menukar nama daripada Minda Keadilan kepada Minda Rakyat nampaknya ada kebenarannya. Oleh itu mulai sekarang dengan alamat yang masih sama, Jembalang memberikan halaman ini nama baru sebagai Dari Minda Rakyat.

Misi masih sama, iaitu untuk menegakkan keadilan di bumi bertuah, membela nasib rakyat yang tercicir dan terpinggir dari arus pembangunan dan teknologi. Sebagai jambatan yang menjadi penghubung di antara mereka yang menjadi mangsa kepada pambangunan ini, rintihan mereka Jembalang dengari, dan paparkan agar pihak yang berkenaan menyedari bahawa masih ada insan yang perlukan pembelaan dan keadilan. Jika Tradisi Membela Rakyat itu sebenarnya menjadi teras pihak berwajib hari ini maka jadikan ia suatu realiti bukan omongan kosong mencari simpati setiap lima tahun sekali!

kembali