Make your own free website on Tripod.com

PENDUSTAAN-PENDUSTAAN MAHATHIR

Berasaskan kepada fakta-fakta yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, yang sering disiarkan oleh media Kerajaan, maka beberapa kesimpulan dapat dibuat berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Presiden UMNO itu, jelas bertentangan dengan apa yang telah diucapkannya. Kata-katanya itu tidak lain tidak bukan, melainkannya pembohongan belaka. Hanya rakyat yang bodoh sahaja yang masih tertipu dan masih menjunjung taat setia kepada beliau. Mari kilat lihat bersama beberapa kenyataan beliau:

  1. Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keterangan kukuh dan bukti yang tidak dapat disangkal lagi, berhubung dengan tuduhan salahlaku seks dan liwat DSAI. Malangnya, Mahkamah beliau sendiri telah menolak segala keterangan saksi berhubung salahlaku seks itu dengan mengatakan segala hujah-hujah mengenainya adalah tidak relevan.
  2. Mahathir pernah mengatakan juga kepada media tempatan, termasuk penerangan semasa beliau ke luar negara, bahawa kesan lebam yang terdapat di muka DSAI itu kemungkinan-kemungkinan besar adalah perbuatan oleh DSAI sendiri. Keterangannya ini bukan sahaja ditolak oleh doktor yang merawat DSAI, tetapi perbuatan memukul DSAI ini telah diakui oleh si pemukulnya iaitu Rahim Noor.
  3. Mahathir pernah menyatakan beliau tidak tamak kuasa dan akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya bilamana rakyat tidak memerlukannya lagi. Kata-katanya itu merupakan pembohongan dan apabila beliau diminta meletakkan jawatannya, beliau enggan melepaskannya dan akan terus mempertahankannya sehingga beliau mencabar siapa yang sanggup membunuh beliau baru jawatan PM menjadi milik orang lain.
  4. Mahathir pernah menyatakan bahawa dalam usaha-usaha pemulihan ekonomi negara, beliau tidak akan meminta bantuan luar serta pinjaman seperti IMF. Namun hakikatnya, beliau menjaja muka ke sana sini termasuk Jepun dan Brunai untuk meminjam wang, tetapi permintaanya disambut dingin oleh negara berkenaan.
  5. Mahathir juga menyatakan negara akan segera menerima pemulihan ekonomi setelah menyingkirkan Timbalan Perdana Menterinya DSAI yang juga Menteri Kewangan yang tak begitu arif dalam urusan kewangan negara, namun hakikatnya setelah DSAI disingkirkan negara mengalami tekanan ekonomi yang semakin kuat dan hingga saat ini tidak menunjukkan usaha-usaha pemulihan pun. Baca Laporan oleh Moody's Investor.
  6. Mahathir berkata bahawa segala usaha pemulihan ekonomi adalah demi kepentingan rakyat semata, namun hakikatnya adalah pembohongan belaka kerana rakyat terpaksa menerima beban dari kemelesetan ekonomi dengan bermacam-macam kenaikan harga, termasuk beras, minyak masak, kepala, ayam dan kini tol pula.
  7. Mahathir pernah menuduh parti pembangkang bahawa merekalah punca perpecahan, hasut menghasut dan fitnah. Namun sangkaan buruk itu tidaklah ke mana. Sebaliknya UMNO sendiri yang menaburi fitnah terhadap bekas Timbalan Presidennya, hasut menghasut ahli, dan menabur fitnah semata-mata.
  8. Mahathir menyatakan beliau masih disayangi oleh rakyat dan sebahagian besar mereka masih menyokong kepimpinannya. Namun apa yang berlaku, rakyat yang dijemput dalam setiap majlisnya jarang tunjukkan muka, apa lagi untuk menyokongnya hingga beliau kini memakai jaket keselamatan kalis peluru ke mana saja dalam majlis bertemu rakyat.
  9. Mahathir menyatakan beliau cintakan negara. Menentang beliau bererti menentang negara. Sebenarnya Mahathir berbohong. Beliau tidak cintakan rakyat dan negara ini. Buktinya beliau dengan rakusnya merampas kekayaan negara untuk kroni-kroninya hingga negara terpaksa menanggung hutang berbilion dolar US!
  10. Mahathir pernah berkata parti Umno bukan sebuah parti sekular dan mempertahankan Islam dan menjunjung kedaulatannya. Mahathir pembohong besar. Parti Umno perlembagaannya tidak menjunjung Al-Quran dan Sunah sebagai agenda perjuangannya. Ulamak dikeji dan dicela.
  11. Mahathir pernah berkata bahawa boleh periksa akaun Menteri di Switzerland sebagai bukti ketelusan. Tapi kata-katanya kiamat, sebaik saja beliau berhenti berbicara mengenainya.
  12. Mahathir pernah berkata bahawa Kerajaan perlu telus dalam menangani masalah rakyat. Apa yang berlaku sebenarnya kerajaan sering memutarbelitkan sesuatu isu dengan niat menipu rakyat. Contohnya, mahligai Mahathir bernilai lebih RM200 juta menggunakan wang rakyat, didakwa hanya menelan belanja RM17 juta. Jika benar sekalipun dengan jumlah itu, penggunaan wang rakyat untuk kepentingan diri adalah penyalahgunaan kuasa.
  13. Mahathir melalui Peguam Negara mendakwa DSAI menyalahguna kuasa untuk menutup keaibannya dari pengetahuan rakyat tentang salah laku seks. Sebaliknya rakyat tahu itu adalah api fitnah dan pembohongan yang lahir dari sebuah konsfirasi politik. Malahan Mahathirlah yang telah menyalahguna kuasa yang diberi oleh rakyat. Beliau sepatutnya melindungi timbalannya tetapi telah mengarahkan pihak tertentu menjaga kepentingan politik beliau.

Begitulah antara pendustaan-pendustaan Mahathir terhadap rakyat. Jika hendak disenaraikan, memang tidak akan cukup kertas, bagaimana rakyat dibulikan dengan segala macam dasar bermula dari Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan berbagai dasar lagi yang kesemuanya adalah cara halus bagaimana Mahathir merompak harta negara kepunyaan rakyat untuk dijadikan milik keluarga dan kroni-kroninya.

Pemerhati Politik Tempatan P.P.T.

1 Mac 1999