Make your own free website on Tripod.com

Memang Mahathir Takutkan PAS!!

Kenyataan Mahathir sekembalinya dari Dhaka hari ini mengesahkan bahawa selama ini beliau memang takutkan PAS. Bertitik tolak dari kebenaran pasti akan terserlah jua akhirnya memihak kepada sangkaan selama ini Dr. Mahathir memang takutkan pengaruh Pas yang semakin melebar! Tahniah PAS! (Kini lebih tepat Parti Alaf Siber)

Memandangkan bulan yang sedang mengambang di mana-mana sahaja, penyertaan PAS dalam pilihanraya Sabah, bukan sebagai pasukan kacau daun tetapi akan pastinya bertindak sebagai pasukan elit jika dalam pertandingan bolasepak Piala Malaysia. Kezaliman dan pembohongan yang diatur oleh Kerajaan UMNO selama ini, patut diakhiri oleh penduduk Sabah.

Dr. Mahathir juga dilihat sebagai tidak demokratik apabila menuduh PAS sebagai akan memecah undi untuk memudahkan PBS menang pada pilihanraya kali ini. Tidak sebagaimana selalunya beliau sering berkata biarlah rakyat menentukan Kerajaan secara aman melalui pilihanraya. Ini adalah satu siri dalam beberapa pendustaan-pendustaan Mahathir.

Pemerhati Politik Tempatan P.P.T

3 Mac 1999