Make your own free website on Tripod.com

Mahathir Terus Berdusta!!!

Paling menjijikkan kenyataan Mahathir yang disiarkan oleh medianya hari ini dengan mengaku bahawa perbicaraan pertuduhan rasuah dan salahlaku seks timbalannya yang mencecah 77 hari setakat ini 'mengejutkan' beliau. Perbicaraan itu adalah yang paling lama dalam sejarah negara ini, tambah beliau lagi.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir hari ini adalah sebagai satu lagi siri dari beribu-beribu siri pendustaan-pendustaan Mahathir yang pernah diperkatakan sebelum ini. Di manakah logiknya, seorang Perdana Menteri tidak tahu menahu perjalanan Mahkamah yang melibatkan beliau sendiri selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tambahan pula orang yang dituduh adalah Naib Presidennya sendiri yang telah berkhidmat kepadanya setelah sekian lama. Isu Perbicaraan DSAI diperkatakan dan diikuti perkembangannya di seluruh dunia. Apakah Mahathir tidak tahu? Dimanakah rasionalnya kata-kata beliau itu?.

Kenyataan Mahathir semakin hari semakin menghiris hati rakyat terutamanya yang berugama Islam. Bukan sahaja beliau tidak lagi menghormati bekas timbalannya dengan menuduh DSAI terlibat dengan skandal seks, malahan memaksa rakyat untuk mempercayainya!! Beliau juga mendakwa bahawa beliau turut terkejut kerana mendapat tahu rakyat percaya perjalanan Mahkamah yang membicarakan kes DSAI tidak adil.

Dunia masih belum lupa kenyataan Mahathir yang memaksa mereka supaya mempercayai DSAI terlibat dengan skandal seks yang keji dan tanda lembam yang dialami semasa tahanan polis adalah perbuatan DSAI sendiri. Mahathir terus terusan berbohong. Hanya rakyat yang maha bingong sahaja akan mempercayai sandiwara Mahathir yang sekarang nampaknya akan bakal diangugerahkan Academy Award dan Pelakon Lelaki Terbaik Sepanjang Dekad!!!

mrcanggih