Make your own free website on Tripod.com

Siri Lawatan Dr. M Ke Daerah-daerah

Dalam mesyuarat pegawai-pegawai Kerajaan yang diadakan di Pulau Pinang dalam Februari 1999 lalu, wakil Jabatan Perdana Menteri memberitahu para hadirin bahawa mulai bulan berikutnya (Mac 1999), Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir akan membuat lawatan ke daerah-daerah.

Walau pun wakil tersebut tidak memberitahu tujuan sebenar lawatan oleh Dr. Mahathir, namun kehadirannya sudah pasti untuk menambat hati rakyat supaya mengundi UMNO dalam pilihanraya umum nanti.

Berita ini sungguh jelas memungkinkan bahawa senario pilihanraya umum negara semakin dekat dan terasa bahangnya. Rakyat yang cinta keadilan dan bencikan kezaliman perlu teguhkan pendirian dan jangan mudah terpedaya dengan politik wang dan pembangunan anjuran UMNO.

MINDA RAKYAT