Make your own free website on Tripod.com

Tandas Masjid Kotor dan Busuk

Jembalang terdengar rungutan para pengunjung yang balik dari salah sebuah tempat pelancongan yang menarik di Perak iaitulah Teluk Batik atau Teluk Murok. Bagi para pengunjung Islam, selepas mandi manda di kawasan pantai, kewajipan solat wajiblah disempurnakan apabila sampai waktunya.

Tetapi rungutan yang Jembalang dengar mengenai tandas masjid yang tidak terurus dengan baik. Jembalang tidak menyalahkan pihak masjid sama sekali. Sudah pasti yang menggunakan tandas itu adalah para pengunjung tempat peranginan itu sendiri. Walau bagaimana pun, pihak masjid bolehlah membuat pengurusannya dengan tersendiri, samada mengenakan syarat tertentu atau melarang terus dari tandas digunakan jika tidak mampu menguruskannya. Ianya boleh diswastakan dan jagaannya diberikan kepada pihak tertentu.

Jembalang bukannya apa. Dengar rungutan itu bukan sekadar akan menjejaskan aktiviti pelancongan kita, tapi martabat masjid yang lebih utama. Jika institusi ibadat sebegini kotor, apakah ini lambang para penganutnya? Siapakah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap pengurusan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan peranginan itu? Majlis Daerah Manjung atau Jabatan Agama Islam Perak?

Jembalang - Suara hati rakyat mesti didengar dari sebesar-besar hingga sekecil-kecilnya!