Make your own free website on Tripod.com

LUAHAN RASA TENTANG MB PERAK

Pak Ulung menulis…

Bercakap tentang negeri Perak, siapa yang tak kenal Ramli Ngah Talib, salah seorang daripada kroni Mahathir di Perak selain daripada Megat Joned dan Rafidah Aziz. Siapa yang tak tahu pasal isterinya Raja Norashikin dan kumpulan Think Tank yang menguasai dan membolot habis kekayaan di negeri Perak untuk kepentingan diri, keluarga serta kuncu-kuncunya.

Apa nak dihairankan kerana kalau sudah bersekongkol dengan Mahathir inilah trend pengkhianatan menteri-menteri besar lakukan kepada rakyat. Dari mula Ramli Ngah Talib menjadi MB, sehinggalah sekarang tiada pembangunan yang sebenarnya apatah lagi projek yang bermenafaat kepada rakyat Sekadar bandar- bandar baru (pekan kecil saja) dan kilang-kilang didirikan (termasuk kilang-kilang haram).

Semuanya mempunyai kepentingan peribadi kepada Ramli Ngah Talib & Kumpulan Think Tanknya. Kekayaan negeri Perak habis disapu dan dibolotnya sama seperti taktik Mahathir menipu rakyat. Itulah sebabnya Ramli Ngah banyak mendiamkan diri dengan pergolakan Reformasi. Takut... kena jolok. Nanti habis terbongkar tentang rasuah dan penyelewengan yang berlaku di negeri Perak yang melibatkan Ramli Ngah Talib.... Isterinya.... Kumpulan Think Tank....Tauke-tauke Besar...Ahli Exco & ADUN Perak.....UMNO.... serta jabatan-jabatan kerajaan yang bersekongkol.

Orang kampung.... orang tua dan orang asli bolehlah Ramli & Kroni tipu. Termasuklah polis & askar yang dayus serta bacul bolehlah diperkotak-katikkan macam budak suruhan. Majoritinya....perhatikanlah PERHIMPUNAN RAKSAKSA Datin Seri Dr Wan Azizah bersama rakyat di Chepor tempoh hari. Bakal balik Kg. Gajahlah Ramli nanti. Pesanan kepada orang-orang Kg Gajah, contohilah teladan penduduk Kubang Pasu, Kedah yang beriktikad untuk membenamkan Mahathir untuk selama-lamanya. Kepada UMNO Tapah, Kampar dan Bidor, Tepuk dada tanya selera. Yang benar tetap benar!!

Kita tidak mahulah mencatitkan segala keburukan & penyelewengan yang dilakukan oleh Ramli & Kroni. Dasarnya kita tidak mahu mengaibkan orang sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir terhadap DSAI serta keluarganya. Namun sebagai iktibar demi kepentingan Agama, bangsa dan semua rakyat negeri Perak kebenarannya terpaksalah diluahkan di SUATU MASA NANTI!

SALAM REFORMASI