Make your own free website on Tripod.com

MINDA 1: KRONISMA & NEPOTISMA PDRM

OBOR REFORMASI

Dewasa kini obor REFORMASI menyala kembali untuk membakar hangus mereka-mereka yang menjadi petualang serta pengkhianat kepada agama, bangsa dan rakyat Malaysia. Begitu juga obor Reformasi ini untuk menerangi mata mereka yang masih buta....minda mereka yang masih Mahathirisma serta perlakuan mereka-mereka yang masih bacul, dayus dan subur dengan hipokrasi dan kemunafikan. Bangunlah rakyat Malaysia! Nyalakanlah semangat perjuangan Reformasi Rakyat untuk menuntut dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Jangan biarkan diri kita diperbodoh... ditindas....dianiayai dan dizalimi oleh kerajaan BN, yang materialistik....kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kita bukan patung! Kita bukan boneka. Kita adalah manusia yang bermaruah dan berwawasan. Kedaulatan kebenaran dan keadilan adalah hak kita bersama. Hidup Reformasi...Jatuhkan BN! Musnahkan Mahathirisma! Bebaskan DSAI!!!!!

REFORMASI RAKYAT

Dari sehari ke sehari kita nampak seorang demi seorang menjadi mangsa kezaliman Mahathir & Kroni. Bermula dari tiga timbalan menteri termasuk DSAI, Mahathir tidak puas-puas melayani sifat kebinatangan dan ketaksupannya dalam meningkatkan makam tamak dan halobanya dalam mengejar kuasa serta harta-harta dunia bersama dengan keluarga dan menteri-menteri kabinetnya. Mahathir & Kroni bersenang lenang dengan kekayaan yang melimpah. Rakyat hidup tersiksa dan menderita tanpa ada belas kasihan dari pihak pemerintah. Apakah ini demokrasi namanya? Atau Reformasi perlu bertindak secara REVOLUSI?

Rakyat telah matang dan waras. Bukannya bacul dan dayus seperti Mahathir & Kroni. Tetapi lama mana kita rakyat Malaysia harus bersabar dan menunggu untuk arus reformasi membawa angin perubahan? Setiap detik dan saat yang berlalu terlalu berharga bagi kita semua. Setiap hari yang berlalu kian menambahkan kebencian dan kemarahan rakyat terhadap Mahathir & Kroni-kroninya. Apakah Mahathir & kuncu-kuncunya mahu rakyat bertindak secara lebih agresif, efektif, produktif dan TOTAL PATRIOTISM? Penyatuan dan perpaduan KUASA RAKYAT mampu menghasilkan ekspektasi yang ajaib lagi luar biasa melebihi kekuatan kuasa sentuhan Mahathir sendiri.

Sejarah telah membuktikan faktor ini. Pastinya peristiwa sebegini akan berlaku dan berulang lagi bila mana Mahathir & Kroni yang memegang tampok pemerintahan beraksi seperti sekarang ini. Jelasnya....pemerintahan Mahathir dan BN tidak patut lagi dibiarkan bermaharajalela dalam menzalimi dan menganiayai rakyat Malaysia. Hapuskan Mahathirisma!!!!! Hidupkan lagi REFORMASI RAKYAT.

KRONISMA DALAM PDRM

Dewasa kini PDRM wujud sebagai sebuah organisasi yang telah kehilangan IMEJ..IDENTITI & PERSONALITI. Ianya lebih melambangkan pasukan yang TIDAK BERMARUAH DAN TIDAK BEREKTIKA. Ini berpunca ekoran perbuatan sumbang yang keji lagi hina yang telah dilakukan oleh Rahim Noor dalam mendalangi konspirasi kejam Mahathir & Kuncu-kuncu bagi memusnahkan DSAI. Akibat sikap RAKUS....TAMAK serta KEBODOHAN Rahim Noor sebagai Bapak Kambing Biri-biri Hitam... telah tertinta satu kenangan sejarah yang MAHA HITAM DAN MAHA HINA untuk selamanya bagi organisasi PDRM. Begitu juga perilaku sumbang Rahim Noor, SB dan FRU PDRM telah mencontengkan arang yang bernajis serta mengaibkan setiap individu di dalam PDRM termasuk mereka-mereka yang menyokong REFORMASI. Maruah mereka telah tercemar. Profesyen mereka dan imej PDRM telah ternoda dan sukar untuk dipulihkan. Terima kasih dan alhamdulillah Rahim Noor!!

PENGURUSAN PDRM

Sayugia organisasi PDRM sekarang ini adalah kabinet dupliket dari acuan kabinet Mahathir & kuncu-kuncu. Itulah sebabnya perangai serta perilaku Pegawai Kanan Polis Tertinggi menteri- menteri, ahli exco, wakil rakyat dan lain-lain penyokong serta pengikutnya sama berperangai seperti babi, anjing dan syaitan. Lagi tinggi pangkat... lagi bodoh....lagi perasan dan tidak BERPERIKEMANUSIAAN. Pangkat mahu jaga! Tembolok mahu kenyang! Hidup mahu senang! The boss is always right. Orang bawahan kena tekan...ketua tindas...kena ugut because they got no brain and no wawasan. Maha zalim! Maha Kejam! Alhamdulillah!! Tegasnya konsep pengurusan mengampu, membodek, berlakon serta tindas menindas masih dipraktikkan. Sama macam UMNO ianya adalah satu budaya SURVIVAL untuk menjamin kepentingan dan kesenangan diri. Ektikanya...mesti sanggup menekan, menindas, membohong, memfitnah dan memperalatkan apa dan siapa saja disamping mesti sanggup menjual maruah diri demi kejayaan matlamat dan objektif syaitan yang telah menguasai diri.

PEMILIHAN KPN

Kenyataannya pemilihan calun untuk menjadi KPN pun berdasarkan politikal gimik. Mesti bersedia mengadaikan maruah diri dan mengorbankan sesiapa jua di dalam PDRM demi mengikut telunjuk dan menjaga kepentingan orang-orang politik khususnya UMNO dan kuncu-kuncu yang didalanginya. Rahim Noor menjadi KPN disebabkan keakrabannya dengan Rahim Thambi Chik dalam persyarikatan koprat perniagaan yang mereka berdua mempunyai kepentingan masing-masing. Rahim Noor dan Rahim Thambi Chik adalah Ketua Penyamun dari Melaka. Rahim Thambi Chik adalah budak suruhan Mahathir yang amat dipercayainya.

Jadi atas kepentingan Mahathir & Kuncu-kuncu dan keperibadian Rahim adalah sejenama dengan Daim, Megat Joned, Najib Razak, Sanusi Joned dan Rahim Thambi dalam bidang $$$ & Seks maka Rahim Noor dilantik sebagai Ketua Penyamun Negara setelah diperkenan oleh Mahathir. Rahim pula setelah memegang teraju pemerintahan PDRM telah dengan licin dan teliti menempatkan dijawatan yang strategik kuncu-kuncunya bermula daripada Ketua Polis Negeri hinggalah ke bawah dalam masa berperingkat-peringkat sehinggalah membawa kepada kejatuhannya dalam penuh kehinaan ganjaran musibah dari Allah Taala. Mana-mana individu yang tidak sehaluan, menentang atau membantah:

    1. Di tempatkan di jabatan yang kurang berfungsi/ tidak glamour. COLD STORAGE!!
    2. Dicari/diadakan kesalahan dan disingkirkan dari pasukan dengan pelbagai pertuduhan, kesalahan disiplin yang remeh-temeh.
    3. Ditukarkan ke Sabah/Sarawak & lain-lain tempat bagi tujuan menyukarkan dan menyusahkan individu berkenaan dalam pelbagai hal kekeluargaan.
    4. Ditutup/disekat peluang untuk kenaikan pangkat.
    5. Diturunkan pangkat/ditukarkan/dan diaibkan sepertimana yang dirasainya (RAHIM NOOR) sekarang!!
    6. Diberi surat teguran/surat amaran/tindakan disiplin. Inilah di anatara kezaliman dan penganiayaan yang berlaku selama ini di dalam PDRM sejajar dan seiring dengan konsep Mahathirisma.

KEANGKUHAN PDRM

Umumnya PDRM begitu bongkak dan sombong dengan pengambilan pegawai-pegawai serta anggotanya yang mempunyai ijazah dan diploma dari institusi pengajian tinggi. Sedangkan hakikat sebenarnya majoriti individu yang menceburi PDRM atau ATM adalah sebagai ESCAPISM setelah gagal melayakkan diri ke lain profesyen dalam jabatan kerajaan ataupun swasta.

Sebahagiannya pula menjadikannya PDRM & ATM sebagai tempat persinggahan dan batu loncatan sebelum menceburi profesyen yang lebih baik lagi terjamin dan profesyional. Begitu pula sebahagian yang kononnya berkelulusan tinggi memilih profesyen PDRM bagi tujuan GLAMOUR...KESENANGAN.... KEKAYAAN dan lain-lain KEPENTINGAN DIRI!!!

Sejarah PDRM sendiri telah membuktikan majoriti pegawainya yang berkelulusan tinggi adalah tidak komited...tidak dedikasi...tidak berwawasan..... tidak berkewibawaan dan tidak patriotik. Mereka lebih merupakan TEORY MAN (MAT JENIN DAN LUNCAI) yang hanya pandai bercakap/berangan-angan dan membuat andaian yang tidak praktikal dan tidak bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Mereka juga didapati tidak bijak dan matang dalam menangani permasalahan secara yang lebih berani, liberal, efektif dan berperikemanusiaan. Keegoan dan kesombongan diri dengan kelulusan dengkil yang dimiliki telah menutup minda dan perasaan mereka untuk berfikir dan bertindak dengan rasional, bijak dan matang.

Ditambah pula dengan ketiadaan pengalaman serta pendedahan kepada lain-lain tugas kepolisian, Pegawai Teori ini tidak berkemampuan dan berkeupayaan untuk menjadi seorang pengurus, pentadbir, ketua dan pemimpin yang dinamik, progresif dan bervisi. Inilah jadinya pada sebuah pasukan yang lebih mementingkan pendidikan jasmani dari rohani. Zahirnya cantik dan menarik. Batinnya....hodoh dan busuk macam bangkai. PDRM sekarang banyak dianggotai dengan pegawai-pegawai akademik yang bacul, dayus dan tidak patriotik. Itulah sebabnya PDRM dengan mudah dan senang diperalat dan diperkudakan seperti keldai serta lembu yang dicucuk hidung oleh puak Mahathir & Kroni.

SIKAP PEGAWAI KANAN

Sebenarnya di dalam organisasi PDRM sendiri banyak berlaku penindasan, penganiayaan serta kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai atasan terhadap pegawai dan anggota bawahan. Trend ampu mengampu...bodek membodek...tikam menikam...birokrasi dan red tape kerap dipraktikkan oleh pegawai dan anggota yang bacul bagi tujuan kepentingan diri dan survival.

Budaya negatif ini membiak subur disebabkan ketidakpekaan...tidak bertanggungjawab dan kurang penghayatan kemanusiaan pegawai-pegawai atasan PDRM dalam melaksanakan fungsi serta tanggungjawap yang diamanahkan kepada mereka. Baginilah jadinya kalau semasa menjalani latihan... menjadi junior officer sudah tidak berektika... tidak bermaruah.... pemalas.... bodoh sombong dan hipokrit...dapat naik pangkat terbawa-bawa segala ektika serta keperibadian yang hodoh, buruk dan tidak bermaruah. Pandai bercakap tapi tak reti dan malas bekerja. Pandai membohong dan memperalatkan orang lain membuat kerja. Glamour dan pangkat mahu, kerja dan tanggungjawab tak mahu dan tak tahu. Habis semua kerja dan balak dibebankan kepada orang lain. Cakap tak serupa bikin.

Yang Pegawai Teori & Mangkuk ini tahu hanya MENCARI & MENCIPTA kesalahan orang lain dan menghukum tanpa belas kasihan. Bukannya mereka hendak membimbing atau memberi tunjuk ajar. Kesalahan dan kesilapan mereka sendiri disorok serta ditutup seboleh-bolehnya. Kelazimannya segala perilaku yang buruk dan bila berbangkitnya isu-isu yang panas, dicarinya mangsa untuk dipersalahkan (SCAPEGOAT) mengikut konsep accountability PDRM. Untuk menolong jauh sekali. Untuk menindas dan menganiaya itulah teori dan amalannya mengikut perlembagaan MAT TEORI PDRM!!!

Paling ketara kezaliman yang telah dilakukan ialah terhadap Dato Haji Samsuri dan Pengarah KDN/KA - PDRM, Dato Ghazali. Sumber kesahihan diperolehi dari Bukit Aman sendiri. Beliau dari segi keutamaan seniority dan ketokohan adalah pegawai tertinggi yang sepatutnya menjadi KPN sebelum Rahim Noor. Kehadiran beliau dalam satu majlis sosial bersama pemimpin rakyat sebagai tetamu jemputan telah diperalatkan oleh pihak SB bagi merosakkan kerjaya beliau dalam satu konspirasi bagi kepentingan Mahathir & Kroni.

Implikasinya bayangkanlah telah berapa ramai lagi pegawai dan anggota dalam PDRM yang komited dan berdedikasi seperti Dato Ghazali yang telah dimangsakan oleh Rahim Noor (bekas KPN) dan pegawai- pegawai atasannya bagi kepentingan diri serta orang-orang tertentu baik di dalam maupun di luar pasukan PDRM. Sikap dan ektika pegawai atasan yang lebih mementingkan PANGKAT...KEDUDUKAN....KUASA DAN KEKAYAAN DUNIAWI meletakkan taraf kedudukan mereka sama seangkatan dengan Mahathir & Kroni. Motto Pangkat Mahu....Kerja Tak Tahu Dan Tak Mahu.

Beginilah jadinya kalau dah jadi KADET TEORI...tak ada pendirian agama dan pegangan hidup. Pengalaman sikit.... cakap pandai... berlagak lebih macam Rahim Noor al Kadet. Sedihnya.... sehingga saat ini kebanyakan pegawai- pegawai atasan dalam PDRM terutama mereka-mereka yang bernaung di Bukit Aman masih jahil...bongkak dan sombong. Mereka hanya pandai mengarah pegawai dan anggota bawahan melaksanakan tugas dengan jujur ..... ikhlas dan baik. Sedangkan mereka sendiri bacul, dayus, sesat dan serba kejahilan. Naik pangkat sebab pandai mengampu, membodek, menipu, memfitnah dan memperalatkan orang lain.

Kononnya ada diploma dan ijazah sudah bijak dan pandai. Nak tahu terror tak terror dan kelulusan kertas itu bernilai atau tidak, cubalah minta kerja di jabatan swasta.Kalau setakat pandai bercakap dan berlagak saja...tak payahlah. Setakat pandai berkawad saja baik pakai cawat dan jadi Tarzan. inilah standard PDRM sekarang. Jelasnya sekarang ini dengan pengambilan pegawai dan anggota yang berakademik tinggi...diploma dan ijazah dan mengabaikan golongan yang berpengalaman, berkemahiran dan komited, PDRM telah menjadi sebuah organisasi yang kucar-kacir dan penuh dengan permasalahan dalaman yang disorokkan daripada pengetahuan umum.

Itulah sebabnya permasalahan semasa seperti judi haram, pelacuran, gangsterism, bohsia, dadah dan lain-lain ancaman semasapun tak dapat di atasi. PDRM mempunyai keanggotaan yang BERKUANTITI TAPI TIDAK BERKUALITI, KOMITED, BERDEDIKASI DAN PATRIOTIK. RENOVASI PDRM Adalah perlu PDRM membuat perubahan dalam struktur organisasi, pengurusan dan pentadbirannya sekarang bagi mengatasi kepincangan serta kerosakan yang kian tenat lagi meruncing. Jangan teladani jabatan-jabatan lain yang masih menyimpan pekung di dada. Demi kebaikan kita mesti sanggup berubah dan diubash. Jangan biarkan organisasi ini dikawal dan dikuasai oleh pihak lain terutamanya orang-orang POLITIK...TAUKE-TAUKE BESAR DAN TEAM-TEAM dalam PDRM sendiri.

Sedarlah MAT TEORI dalam PDRM, pasukan ini sudah TIDAK mempunyai MARUAH, NILAI DAN HARGA DIRI LAGI. Rakyat memandang pasukan PDRM dengan penuh kemarahan....kehinaan dan kebencian. Seruan daripada rakyat Malaysia: Segeralah mereka-mereka yang berkenaan yang TIDAK BIJAK DAN MATANG.....BACUL DAN PENAKUT....DAYUS DAN KHIANAT ....sementara pintu taubat masih ada....eloklah letak jawatan sebelum terlambat!!!!!!! REFORMASI UNTUK PERUBAHAN REVOLUSI MENENTANG KEZALIMAN

MULKIM