Make your own free website on Tripod.com

Mufti Perak DiUsir Dari Balai Ketibaan

Majlis sambutan ketibaan Dr. Mahathir di Ipoh semalam kecoh sebentar apabila pegawai polis yang mengiring rombongan Dr. Mahathir tidak membenarkan Mufti Negeri Perak, Dato' Harussani dari memasuki ruang menunggu VIP bersama-sama Ketua Jabatan yang lain.

Dato' Harussani yang kemudian menaiki keretanya untuk meninggalkan majlis tersebut, dikejar oleh para pegawai dari Bahagian Majlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan dipujuk semula untuk bersama-sama pegawai lain yang sedang menunggu ketibaan Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir disambut oleh kira-kira 300 orang terdiri dari Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersama-sama para pemimpin dan ahli UMNO Kinta yang kebanyakannya terdiri dari kaum wanita sahaja. Sambutan yang dingin itu menguatkan lagi bahawa ahli UMNO dan rakyat negeri ini sudah getik* dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan UMNO.

Jembalang - nasib Ulama sering diketepikan

* bermaksud benci dalam kamus Perak