Make your own free website on Tripod.com

Siapakah Mohd Najri Yang DiBenci?

3 Februari, 1999 mencatatkan satu lagi sejarah dalam negara kita, apabila sekumpulan majoriti kaum India membanjiri di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Perhimpunan secara aman itu dilaporkan bermula kira-kira jam 11.00 pagi dan berakhir menjelang petang hari tersebut.

Tiada laporan khusus yang diterima tujuan perhimpunan aman itu, melainkan ianya membantah dan menyebutkan kebencian mereka kepada Mohd Najri bin Abdul Hamid, Ketua ADO, Pejabat Tanah Kinta, Ipoh. Sepanduk yang diusung mempamirkan rasa kebencian kepada pengurusan pentadbiran yang diketuai oleh Mohd Najri dan menuntut Menteri Besar Perak campurtangan dalam isu yang dibantah.

Walau apa pun isunya, ia bukanlah topik utama. Jika hendak melaksanakan sesuatu projek, terutama yang menyentuh hak rakyat, biarlah dengan cara diplomasi. Umpama menarik rambut dalam tepong. Tepong tak terusik rambut tak putus. Kenapa ADO yang sebelum ini tidak dibantah (sebegini) hingga boleh menjejaskan imej dan reputasi Pejabat Tanah Kinta.

Jembalang harap berita itu mendapat ulasan dari pihak yang berkenaan untuk perkembangan sebenar.