Make your own free website on Tripod.com

Kegawatan Parking?

Ha.. ini Jembalang dapat tahu, dari rakan-rakan yang mengunjungi Pajabat Tanah Ipoh. Pejabat tersebut al-maklum terletak di tingkat bawah Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Nampaknya menurut rakan Jembalang, semalam dan hari ini kesibukan di kaunter Pejabat Tanah Ipoh cukup memenatkan. Bukan sahaja terpaksa beratur lama menunggu giliran, tetapi terpaksa berlegar-legar sampai 10 hingga 20 minit untuk mencari 'parking lot'.

Menurut rakan Jembalang lagi ada yang terpaksa membatalkan hasrat nak bayar cukai tanah hanya semata-mata tidak menemui satu 'parking lot' pun untuk kenderaan mereka. Aduhai! Siapa yang nak bertanggungjawab ni? Menurut rakan Jembalang, dua tiga orang pengawal keselamatan terpaksa sama-sama mengawal kenderaan yang masuk ke kawasan Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan yang juga di samping Pejabat Tanah, pejabat-pejabat lain juga ditempatkan di sana. Semalam menurut rakan Jembalang sewaktu EXCO meeting keadaan nampak jadi rumit dan kelam kabut.

Aduhai pihak yang bertanggungjawab, samada Tuan Timbalan SUK, Dato SUK atau Dr Ramli sendiri, Jembalang hanya nak mengesyorkan bahawa kesesakan itu haruslah diatasi segera. Mungkin idea berikut boleh diambil untuk mengelakkan kesesakan yang melanda:

  1. Mengadakan kutipan hasil di Supermarket dan Pusat Membeli Belah Utama di Bandaraya Ipoh.
  2. Menghadkan kenderaan yang masuk hanya untuk kakitangan Jabatan Kerajaan sahaja.
  3. Mengujudkan kaunter express untuk pelanggan membayar di atas kenderaan secara laluan sepertimana Majlis Bandara Ipoh.
  4. Menambah kakitangan secara sambilan untuk membuka lebih banyak kaunter menerima bayaran.

Jembalang - harap-harap dapat penyelesaian segera