Make your own free website on Tripod.com

Berapa Banyak Tanak Milik PKNP?

Tidak dapat ditentukan dengan jelas berapa luaskah tanah di negeri ini yang telah diwartakan sebagai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Namun dalam satu tinjauan rambang mendapati hampir di kesemua kawasan strategik, yang mempunyai potensi dan masa depan yang cerah dalam pelaburan, telah menjadi milik PKNP.

Harapan syarikat lain yang berminat untuk membangunkan sesuatu projek hanya melalui satu jalan iaitu bekerjasama dengan PKNP. Sebagai contoh penjualan Wisma Wan Mohamed kepada Anakku melalui anak syarikat PKNP, Perak Corporation, telah melibatkan pembinaan bangunan baru PKNP di atas tanah Kerajaan yang cukup luas berhampiran tol Jelapang. Kawasan tersebut sebenarnya lebih sesuai dijadikan kawasan perumahan. Bagaimana dengan hanya satu kompleks Menara PKNP yang baru, sesuai dijadikan pejabat kerana ia terasing dari pusat pentadbiran negeri Perak yang berpusat di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Dari masa ke semasa untuk tatapan umum, Minda Rakyat akan cuba mengenengahkan aktiviti PKNP selaku gergasi di negeri Perak menyapu bersih segenap ruang yang ada untuk kepentingan kroni-kroni mereka. Dalam hubungan ini anak syarikat PKNP bergiat cukup aktif seperti Maju Bangun Sdn. Bhd. (terbaru memiliki beratus hektar tanah untuk projek perumahan di kawasan perindustrian Kelebang), Tenaga Danawa (sedang memajukan Stesyen 18), dan Keris Properties (sama dalam projek Stesyen 18 dan beberapa projek perumahan di kawasan paling srategik berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan).

Selepas ini kita akan mendengar lebih banyak projek-projek mega seperti pembinaan bandar baru Sri Iskandar, Bandar Proton di Tg. Malim, Bandar Sunway di Ulu Kinta, Taman Teknologi Sri Iskandar, Bandar Tasik Bukit Merah dan lain-lain yang melibatkan penggunaan lebih 30,000 hektar tanah. Kita juga akan mendengar penglibatan syarikat korporat besar seperti MRCB, EmKay, Sunway Corporation dan lebih banyak lagi anak syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini yang bakal diketengahkan di masa akan datang.

Jembalang