Make your own free website on Tripod.com

Cukuplah Mahathir ....

Dulu kau kata
kalau ada yang tak suka
kau akan turun takhta
Tapi sekarang lain pula cerita
Cukuplah Mahathir
Hentikan sandiwara dusta

Masa kau tulis "Malay Dilema"
orang melayu semua buta
orang kampung pekak belaka
di kota pula dengar kata
semua rakyat tunduk setia
Cukuplah Mahathir
Hentikan putar belit ini

Sedar tak sedar rakyat dah jaga
yang dulu buta celik belaka
ruangan siber tatapan setia
berita dusta kita orang dah tak caya
Cukuplah Mahathir
Kami dah mual dengan muslihatmu

Masa dulu kami percaya
Kata hikmahmu penawar jua

pejuang bangsa, agama dan negara
Sekarang hempedu racun berbisa
Cukuplah Mahathir
dahulu mutiara sekarang kaca

Kalau dangkal ilmu di dada
jangan pula mengaku dewata
seluruh dunia dikata durja
hanya dirimu yang maksum segala ?
Cukuplah Mahathir
Kami dah jelak dengan mainanmu

Hati mana yang tidak terbakar
jiwa mana yang sanggup bersabar
agama dipersenda dicabar-cabar
ulamak dikeji dikata celupar
Cukuplah Mahathir
Kaulah penipu paling besar


Rakyat jelata papa kedana
pondok usang disodok pula
Tol jalan dinaikkan juga
sedangkan kronimu dibelai mesra
di mana hati di mana rasa ?
Cukuplah Mahathir
Jangan biar kami terus menderita


Cukuplah Mahathir
Cukuplah Maha Zalim
Cukuplah Maha Khianat
Cukuplah Maha Laknat
Cukuplah sampai di sini
Undurlah dengan terhormat
Sebelum terlambat



Salam reformasi,wassallam.

Ikmar, United Kingdom
15/2/1999.