Make your own free website on Tripod.com

Di Sebalik Tabir YB ADUN Batu Kurau

Ramai yang mengenali ADUN Batu Kurau, YM Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Omar (DRAZ), bukan sahaja sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Perak tetapi sebagai seorang Pengurus Pasukan Bolasepak Kejor Yeop Kejor. Baru-baru ini berikutan kemenangan pasukan bolasepak negeri itu, beliau dilantik menjadi pengurus pasukan bola sepak negara kita.

Namun di sebalik kejayaannya itu, Jembalang ingin mengimbau kembali saat mula karier politik beliau. Sebelum menjadi ADUN Batu Kurau, DRAZ bukan begitu popular dan dikenali ramai. Kalau tak silap Jembalang tahun 1985/6 diadakan pilihanraya negara kita. Oleh kerana kedudukan beliau yang amat hampir dengan MB Perak, maka beliau diperkenankan untuk bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Kurau.

Justeru itu gerakan secara besar-besaran juga dilakukan oleh DRAZ berkempen bersama-sama rakan sepasukannya. Ke hulu, ke hilir, tak mengira panas atau hujan, siang atau malam asyik dengan kempen. Hatta maka tersebutlah seorang hamba Allah yang berkhidmat sebagai seorang penjawat Awam (masa itu Pelayan Pejabat). Beliau juga ikut serta dalam gerakan kempen oleh pasukan DRAZ. Kerja bagai nak gila, mengikut sumber yang menghubungi Jembalang. Hinggakan kadangkala tidak tidur di rumah. Anehnya, bagaimana nasib anak bini dan pada masa itu hamba Allah ini (kita namankan A selepas ini) dah punyai 5 orang anak. Keadaan mereka terbiar dan tidak terurus dengan baik semasa pemergian si A menyertai kempen politik DRAZ. Walaupun isteri A bekerja, namun apabila suami sudah mengabaikan makan minum, hingga akhirnya tempat tidur isteri pun terabai maka apa akan terjadi?

A betul-betul gila dengan kempen. Ini disebabkan DRAZ sudah berjanji kepasukan 'team'nya, jika beliau menang dalam pilihanraya kali itu, setiap seorang dari teamnya akan menerima sebuah proton saga dan konsesi balak. Mungkin ini adalah faktor dorongan yang menyebabkan A dan rakan-rakan berkempen bersungguh-sungguh.

Dipendekkan cerita, apabila DRAZ diumumkan menang dalam pilihanraya tersebut, maka orang yang paling seronok ialah ahli 'team' kempennya, termasuklah A. Ke sana, ke sini asyik dengan cerita politik dan kemenangan DRAZ. Apa lagi hanya menunggu durian akan runtuh bagai dijanjikan. Akhirnya tibalah satu peristiwa di mana motosikal A akan ditarik balik akibat sudah 8 bulan tidak dijelaskan ansurannya. Orang yang pertama sekali dihubungi oleh A ialah DRAZ . Malang sekali walau hanya lebihkurang RM800.00 sahaja yang diperlukan untuk menjelaskan ansuran motosikal yang tertunggak itu, DRAZ gagal membantu. Akhirnya motosikal A ditarik. Beberapa kali A cuba menghubungi DRAZ mengenai 'hadiah' kempennya iaitu sebuah proton saga dan konsesi balak, tetapi hampa. Akhirnya A tersedar bahawa dia telah dipermainkan. Tidak disetakat itu sahaja malang A, akhirnya isterinya menuntut fasakh dan lari balik ke rumah ibubapanya di Changkat Lobak. DRAZ juga dari sana. Rekod perceraian itu di simpan di Pejabat Kadhi Selama. Jembalang juga difahamkan bahawa akhirnya A malu dengan keluarga mertuanya akibat penglibatannya dengan DRAZ. Rupanya orang kampong tidak berapa berkenaan dengan DRAZ. Patutlah dia bertanding di Batu Kurau, tidak di Selama, kerana takut kalah. A kemudian bernikah lain di Taiping setelah bertukar di sana. Demikianlah al-kisah benar, sebuah janji politik, yang akhirnya meruntuhkan sebuah masjid di syurgawi!!

Jembalang - asyik terkenang masa lalu