Make your own free website on Tripod.com

Lagi Rungutan …….

Jembalang terdengar rungutan sewaktu berkunjung ke PTG Ipoh minggu lalu. Konon nak mencari-cari peluang yang baik. Sewaktu menunggu kawan Jembalang datang, Jembalang terdengar dua tiga orang sedang berbual di satu sudut bangunan di tingkat satu. Ada di antara lelaki itu merungut bahawa pernah membuat permohonan tanah untuk industri pelancongan. Katanya di Lumut. Tapi setelah tiga tahun menunggu jawapan yang diterima hampa. Katanya lagi, syarikat yang dapat tu ada hubungan dengan Datin Seri orang kuat nombor satu Negeri Perak.

Apa yang lebih menarik perhatian Jembalang, lelaki tu ada menyatakan, bagaimana pun walau kelulusan yang diberi sudah menjangkau satu tahun lamanya itu, syarikat berkenaan masih belum menjelaskan premiumnya. Gagal lah tu. Tanah hendak, tapi tiada sebarang usaha untuk menjayakan projek yang dirancangkan. Asyik-asyik tak dapat cari buyers. Lelaki tersebut nampak bengang sekali sebab menurutnya lagi beliau telah mendapat dana pelaburan dari luar negera iaitu sebuah negara di timur tengah untuk menjayakan projek pelancongannya. Bank juga sudah mengeluarkan surat jaminan pinjaman boleh diberi. Dua tiga ratus ribu lebur begitu sahaja dan permohonan untuk mendapatkan tanah Kerajaan tersebut gagal.

Beliau merungut-rungut sambil menyebut nama Dato' Samad dan juga Dr. Ramli. Jembalang pun kurang faham rungutannya. Tapi dalam hal ini sukalah Jembalang nak mencelah. Jika ada orang yang bersungguh-sungguh hendak membantu Kerajaan menjayakan sesuatu projek sebagaimana dalam perbualan lelaki itu projek pelancongan sebagai contoh, mereka seharusnya diberikan peluang dan kesempatan. Tidak kira apa jua projek yang hendak dijalankan, asal dapat membantu Kerajaan Negeri memulihkan ekonomi yang sedang gawat. Tetapi ini tidak, walau pun telah beberapa kali menemui MB yang kononnya menjanjikan pertolongan dan bantuan tapi akhirnya yang dapat ialah kuncu-kuncu itu juga……

Jembalang - keadilan harus diukur terhadap yang berhak menerimanya sahaja

Lumut terkenal kerana pantainya yang bersih dan indah. Tetapi tangan-tangan yang rakus, memalitkan kekotoran dan kejijkan pembangunan lumut yang terbantut oleh monopoli satu-satu pihak sahaja.