Make your own free website on Tripod.com

NASIB KAMI TERUS TERPINGGIR

Walau pun dalam bulan Februari 199 lalu, Tan Sri Ramli ada membuat kenyataan bahawa akan menyelesaikan masalah setinggan dalam kawasan bandaraya Ipoh, namun perlu diketahui kata-katanya itu hanyalah ucapan politik semata-mata.

Sumber memberitahu MR bahawa Kg. Seri Aman dan Kg. Batu yang berada dalam kawasan Menglembu, Perak telah wujud setinggannya lebih dua puluh tahun lalu. Namun menurut sumber yang menghubungi MR tiada apa-apa tindakan dibuat untuk menyelesaikan masalah setinggan dan pemberian lot rumah terlibat.

Terdapat lebih 500 buah rumah yang berada dalam kawasan setinggan kedua-dua kampong tersebut. Tan Sri Ramli sendiri telah pernah melakukan lawatan ke kampong tersebut sebanyak 3 kali. Kali terakhir ialah pada tahun 1994 sewaktu berkempen pilihanraya lalu. Menurut Tan Sri Ramli beliau telah meluluskan pembahagian lot dan tanah bagi setinggan di kedua-dua kampong tersebut. Mereka hanya perlu menghubungi Pentadbir Tanah Daerah Kinta bagi menyelesaikannya.

Namun setelah hampir lima tahun menunggu, tiada apa-apa tindakan susulan dibuat oleh PTD berkenaan. Sumber memetik Ketua UMNO Cawangan Kuala Pari Hilir, En. Mohd Khalid tidak pernah berusaha mengajukan masalah ini ke peringkat atasan. Sebaliknya terdengar ura-ura, Ketua UMNO Bahagian Kinta, iaitu YB Encik Yusuf Kassim akan memajukan tanah tersebut dengan sekim perumahan. Jika ini benar berlaku, hak penduduk akan hilang setelah menunggu lebih dua puluh tahun lalu!!

MINDA RAKYAT

Komen Jembalang - begitulah antara caranya UMNO merampas hak rakyat.