Make your own free website on Tripod.com

Sistem Keselamatan SUK Perak Longgar!

Sistem kawalan keselamatan yang digunapakai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sekarang amat longgar. Sehubungan dengan itu beberapa kali kawalannya ditembusi. Kali terakhir ialah beberapa hari lalu berikutan Pejabat Pejabat Tanah dan Galian dipecah masuk dan sejumlah wang tunai dilarikan.

Beberapa bulan sebelum kejadian ini Jabatan Pengairan dan Saliran menerima nasib yang sama. Anihnya, walau pun kejadian demi kejadian, seolah-olah tiada inisiatif diambil oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam menangani kejadian daripada berulang.

Sistem keselamatan bangunan ini sebenarnya adalah punca kejadian-kejadian pecah masuk pejabat-pejabat kerajaan berlaku. Jika sebelum ini, kawalan keselamatan kepada sesiapa yang hendak berurusan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dalam kawasan Kompleks Bangunan Setiausaha Kerajaan adalah ketat dan perlu pemeriksaan rapi, kini tidak lagi. Kenderaan awam bebas masuk tanpa apa-apa sekatan. Ini memberi ruang kepada penjenayah bertindak.

Seperkara diperhatikan lagi, kesesuaian Pejabat Tanah Kinta yang ditempatkan di bahagian bawah Bangunan Setiusaha Kerajaan Perak itu dirasakan tidak menepati kehendak kawalan keselamatan itu sendiri. Pejabat itu yang sememangnya tidak lekang dari kunjungan orang awam perlu mempunyai bangunannya sendiri dengan sistem kawalan keselamatan yang lebih canggih kerana menyimpan pelbagai dokumen hartanah yang penting. Kepada pihak yang berkenaan adalah diharapkan dapat mengambil tindakan tertentu agar imej Kerajaan Negeri tidak akan dicemari lagi oleh peristiwa yang sama.

Jembalang