Make your own free website on Tripod.com

MEDAN TEKSI

Medan Kidd boleh dipanggil Medan Teksi. Apa tidaknya, di sepanjang laluan yang sempit dalam kawasan Perhentian Bas Medan Kidd, dipenuhi teksi dan kereta 'sapu' yang mengganggu kereta lain yang bergerak di laluan tersebut. Mereka meletakkan kereta di lorong kedua selepas petak meletak kereta yang disediakan oleh MBI. Kerapkali perbuatan ini bukan sahaja mengganggu kereta lain yang bergerak dalam laluan ini, tetapi menggangu kereta lain untuk meletakkan dan mengeluarkan kereta dalam petak yang disediakan.

Sesetengah teksi pula sengaja diletakkan oleh pemandunya dalam petak meletak kereta tanpa membayar parking tol pada mesin tersedia. Ini bukan sahaja membazirkan petak letak kereta, tetapi juga menghilangkan pendapatan MBI. Siapakah yang mengizinkan pemandu teksi meletakkan kereta mereka sesuka hati. Adakah Jabatan Pengangkutan Jalan menyedari perbuatan mereka ini? Atau MBI juga tidak mengetahuinya? Hakikatnya para pengguna jalanraya lain sering merungut akibat perbuatan pemandu teksi yang berkelakuan sedemikian.

Teksi bernombor JG6040 (ditengah) menghimpit kereta disebelah kanannya yang diletakkan dalam petak meletak kereta yang disediakan oleh MBI.