Make your own free website on Tripod.com

SALAM GLOBALISASI

Sempena menyahut seruan Kerajaan yang selalu membicarakan soal ketelusan, maka di antara rakyat dan pemimpin juga dengan pentadbir terdapat semacam satu binaan tembok yang memisahkan antara mereka.

Justeru dengan pemisahan ini, suasana ketelusan yang dibicarakan tidak menjadi satu kenyataan. Penyelewengan, kezaliman dan penindasan oleh golongan pemimpin dan pentadbir terhadap rakyat jelata sudah semacam sebati dengan jiwa mereka.

Atas dasar itulah Jembalang mengambil kesempatan mengembara dalam dunia globalisasi ini membawakan isi hati nurani rakyat yang semacam membungkam selama ini kerana gagal menyuarakan apa yang terpendam. Walau pun melalui warkah elektronik ini mengambil masa yang agak lama, namun keberkesanannya tidak dapat dinafikan. Lambat laun segala ketelusan akan menjadi nyata. Kezaliman dan penindasan yang berleluasa atas hak rakyat jelata akan terbela.

Jembalang bukan ingin menjadi hero atau wira dalam hal ini. Namun sebagai insan lemah ciptaaan Allah, Jembalang juga sebahagian daripada rakyat yang pernah dizalimi, ditindas serta diadili dengan cara kotor dan tidak adil. Doa dari orang yang dizalimi, insyaAllah akan diperkenaankan Allah.

Melalui Laman Web ini Jembalang bukan mahu menjadi popular, biar tidak dikenali, tapi penyelewengan, kezaliman, penindasan serta penipuan terhadap rakyat perlu dihentikan!

HOME