Make your own free website on Tripod.com

FITNAH: LAHIR DALAM BUDAYA UMNO

Dr. Mahathir menyelar internet yang "kununnya" digunakan sebagai alat penyebar fitnah oleh pihak-pihak tertentu. Sambil menyatakan fitnah-fitnah terbabit semakin bertambah menjelang pilihan raya umum, beliau berkata, terdapat pihak yang menyebarkan pita rakaman menyeru orang Islam membunuh orang lain termasuklah beliau sendiri.

Dr. Mahathir sepatutnya menyedari bahawa api fitnah yang berlegar dalam suasana politik negara ini lahir dalam budaya UMNO sendiri. Pemfitnah yang paling agong dekad ini ialah beliau sendiri, bilamana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsanya.

Mahathir jangan beranggapan bahawa rakyat bawahan hidup seperti katak bawah tempurung. Mereka adalah rakyat yang bijak dan berani. Mereka juga rajin membuka kitab Al-Quran dan Hadis untuk dijadikan pedoman hidup mereka. Sebaliknya Mahathir harus merenung diri sendiri, sempurnakah sembahyangnya lima waktu sehari semalam. Setiap detik bergelumang dengan dosa, menabur fitnah, memberi rasuah, memeras ugut pencinta keadilan dan kebenaran dengan Akta Nerakanya (ISA).

Tanpa fitnah yang berlaku dalam UMNO hari ini, maka tiadalah apa yang disebutkan sebagai Gerakan Reformasi. Tanpa fitnah yang berlaku dalam UMNO juga, maka tiadalah wujudnya Laman-laman Refortmasi Pencinta Keadilan dan Kebenaran. Hakikat ini sewajarnya disedari oleh Mahathir dan para pemimpin UMNO. Rakyat yang sedar akan keadilan perlu ditegakkan sesuai dengan fitrah semulajadi insan, sedang mencari peluang terbaik untuk meruntuhkan kerajaan yang sering memfitnah pihak tertentu untuk terus berkuasa, merampas dan merompak harta rakyat.

Minda Rakyat bersyukur kehadrat Ilahi kerana fitnah terhadap DSAI telah membangkitkan kesedaran rakyat bawahan mengenai gejala fitnah dalam budaya UMNO selama ini. Tanpa fitnah yang berlaku terhadap DSAI, mereka mungkin terus leka dengan kezaliman di bawah pemerintahan kejam UMNO.

Ekoran itu, MR akan terus berjuang menentang api fitnah oleh kerajaan UMNO terhadap mereka yang tak berdosa dan menzalimi sesetengah yang lain. Biar pembelaan ini tidak akan dihargai namun sebagai insan yang bertanggungjawab pada sebuah kehidupan, api yang menyala ini tak mungkin dipadamkan sekalipun perlu ditebus dengan sebuah pengorbanan sebuah jasad!!

MINDA RAKYAT